since perlawanan bola Harimau Malaya and Garuda orang2 kat Malaysia sibuk beli baju penyokong bola sepak Malaysia atau lebih tepat HM. suka hati diorang la nak beli baju ke nak modified kereta jadi kereta HM ke apa sekali pun. tapi paling baran bila Nurul kena perli sedas 'Takda semangat petriotik betul!' Hello, setakat tengok bola kat mamak duduk jerit2 beli air secawan tu patriotik sangat ke? kalau menang bersorak. bila kalah bukan main di booo kan team HM tu. blerghhh so Malaysian. *bukan semua rakyat Malaysia. sesetengah sahaja*
come on la! tak payah la sampai nak cakap macam tu sekali kat orang lain. hanya dengan tengok bola boleh menentukan semangat patriotisme wujud or tak? pegangan zaman ortodoks mana tu? zaman batu pun tak macam tu taw. banyak lagi cara lain nak tunjuk kan sikap patriotisme.
1) pasang bendera kat rumah, kereta etc.
pasang bendera sepanjang masa. bukan time bulan kemerdekaan je. lepas tu kalau dah pasang memang tak reti2 nak basuh kan? biar sampai berkeladak warna dah bertukar jadi apa ntah baru nak cabut pastu buang ye tak?? kalau basuh sekalipun confirm tak kan pasang balik. so Malaysian.
2) penggunaan bahasa melayu (full bahasa)
mana nak cari orang zaman sekarang yang no speak londang and speak fully Bahasa Malaysia. nak nak lagi remaja zaman sekarang. harapan! yang ada mostly speak londang, omputih je semua. senang nak kerja katanya, melawat negara orang pon sonang dah pandai bahasa diorang. Nurul respect dengan PakSu yang tinggal di negara orang. eventho dia bertapa kat sana pun kalau dia balik Malaysia loghat Kedah dia masih sama. sikit pun slang tak hilang. anak2 dia pun panggil dia abah bukan daddy, puppy ehhhh.
3) 24/7 banggakan Barat
patriotik apa kalau semua benda nak banding kan dengan omputih tu. memang benda yang baik kita boleh ambil and guna kan balik kat Malaysia but benda2 yang tak baik tak payah la. campak jejauh. ni tak fashion katanya, trend zaman sekarang. keselesaan campak tepi. well, fashion knows no pain right?? lagu pun omputih jugak, lagu melayu leleh kata nya. *adess terkena. okay part ni agak terkena. sebab 40% of my playlist memang english songs, 40% korea and 20% je lagu melayu. tapi bukan sebab diskriminasi. Nurul cuma tak suka lagu2 melayu sekarang yang lirik/lagu nya pelik ya ampun. lagu2 lama masih bertakhta di hati. so tukar lirik or rentak dia sikit boleh??
4) sokong bola je yang lain?
bola is not the only sports yang Malaysia ada. banyak lagi sports lain. tapi paling menyerlah bola la kan. itu pun sebab player dia handsome2. *bukan semua orang macam ni okay. tapi memang boleh tahan la pemain2 HM. hai adik Nazmi *lambai2. okay tipu saya memang tak minat sangat bola unless live tengok kat stadium tu mungkin berminat, mungkin. dulu selalu jugak pergi stadium tengok live match. sekarang siapa nak bawa? isk3.
5) matapelajaran sejarah
sejarah or Malaysian Studies for university's students. haa berapa ramai yang boleh jawab? berapa ramai yang fail or cukup2 makan je? lepas tu kecoh2 nak cakap korang patriotik giler sebab korang sokong HM?? lempang karang nak? sejarah negara jauh lebih penting kalau nak dibandingkan dengan sukan semata2. tanpa sejarah semalam macam mana kita nak perbaiki kesilapan lalu dan jadikan hari ni lebih baik dari semalam? manusia belajar dari kesilapan tapi kalau sejarah tidak dipelajari atau difahami dengan setulus hati macam mana kita nak elak kesilapan lalu berulang kembali? bak kata Dr.M, melayu mudah lupa. jadi haruslah diingatkan berulang2 kali kan?
and banyak lagi benda2 tipikal yang banyak orang tak perasan tapi selalu buat. nobody's perfect right? sorry emo lebih sebab kena sound dengan hamba Allah yang kata dirinya sangat patriotik hanya dengan menyokong Harimau Malaya and sound Nurul kata tak patriotik langsung. blerghh -_- ketuk kepala dia karang baru tahu!
Ibu suka pergi sini. sokong teater Malaysia katanya. ehhh??
kat pasar tani Shah Alam depan stadium tu banyak jual baju HM. dari saiz baby sampai la ke orang dewasa macam2 ada. ehh baby?? kboiii :*
No comments:
Post a Comment