Hye awak,
Sayang tengah buat apa tu? Dah makan? Tak keluar ke hari ni yang? Penat ea class pack sangat cian sayang saya ni. Takpa sekali sekala bukan selalu ye tak?
Sorry la yang saya busy sangat, tak ada masa nak fokuskan untuk hubungan kita. Sorry yang bukan sengaja. Dengan study, kerja lagi penat la yang. Mana nak kejar keluar dengan scandal lagi, madu awak yang no dua, no tiga. Kalau berkesempatan saya tambah no empat ea yang? Genap kuota. Ke awak nak saya pasang lebih dari empat? Sebab tu saya paling sayang awak, so sporting.
Sorry, Bukan salah awak. Semuanya silap saya. Awak dari hujung shawl sampai hujung heels langsung takda yang kurang. Tapi tu la kalau saya ajak awak keluar, mesti awak takmo kan? Penat la, ada kerja la. Ada je alasan awak bagi tak pernah free. Saya faham awak student lagi sebab tu saya cari madu awak, sebagai pengganti pengubat lindu lara saya kat awak.
Maaf yang, saya tak patut buat macam tu kan? Tapi yang saya belum bersedia nak bagi full commitment dekat awak. Bukan tak berani tapi tak fun la muda-muda lagi nak fully committed to someone. Saya kena la biar my choices wide open kan? Lagi banyak choice lagi bagus, sebanyak list criteria yang saya nak. Tapi jangan risau yang, ramai mana pun madu awak, awak tetap yang first sekali. Takda orang boley rampas tempat awak dalam hati saya, diorang boley share je.
Saya tak mampu beri apa yang awak boley dapat daripada lelaki lain. Saya tak sempurna, banyak kurang. Saya bergantung sepenuhnya pada mulut manis saya untuk kumpul koleksi awek yang saya ada sekarang bermula daripada awak sampai number berapa ntah saya pun tak ingat. Belum kira yang dah break-up. Awak la orang pertama yang jatuh hati kat saya. Diikuti dengan awek2 lain.
Jangan risau, saya tak serius pun dengan diorang. Sampai masa nanti andai kata pintu hati saya kunci nya masih milik awak, saya ambil awak jadi penyeri hidup saya. Yang pertama walau mungkin bukan yang terakhir eerrrr . . .
Salam Sayang,
Your beloved ones.
berbaloikah kejujuran andai kesetiaan menjadi pengganti korbannya?
be honest. if you don't want her, just tell her so.
No comments:
Post a Comment