Aku & Dia
ceritera antara aku dan dia tak pernah berakhir. dah lebih setahun. meski pun watak hero ku sudah beralih arah tapi dia masih disitu. di suatu sudut tanpa nama yang layak untuk nya. jujur aku dah penat. penat dengan lakonan yang tak henti2. lakonan atau hakikat? aku sendiri pun tak pasti. dia seorang yang aku kira baik. cukup baik. hormat dengan segala keputusan yang aku pilih. dari dulu hingga kini tak pernah kenal erti penat. kata2 indah tak pernah terhenti, perlakuan sentiasa menggamit rasa percaya untuk bertandang kembali. tapi setiap kali aku memilih untuk percaya yang hadir cuma rasa kecewa, menyesal. dia pasti mengulangi kesilapan nya yang lalu. sukar sangat kah untuk memilih yang satu? sukar sangat kah untuk setia. penat dengan lakonan. penat dengan madah puitis yang muncul tatkala rasa bersalah nya menjelma. untuk apa kata maaf dilontar jika kekesalan hanya sementara? kemaafan acap kali diberi namun kesilapan dia ulangi lagi.
dan antara aku dan dia selalu ada kau di suatu sudut yang lain. kau sering membuat aku tersenyum tanpa sebab. kau yang sering membuat air mata menjadi terlalu tidak berharga saat nama lain menjelma dalam hidupmu. mungkin aku yang terlalu berharap sesuatu yang tak mungkin menjadi realiti. mana mungkin kau memilih aku saat tangan2 yang lain juga ingin menggapai mu. tangan lain yang aku kira menetapi ciri2 gadis pilihanmu. aku cuma insan biasa. aku cuma aku yang perlahan dalam permikiran, tidak matang dalam tutur kata. sikap keanak2an ku masih penuh bersisa meski umur menginjak alam dewasa. aku yang sering merasa tidak penting untuk kau yang terlalu sibuk dengan dunia mu.
antara aku dan dia, sering ada kau yang menghalang aku memilih dia. dari suatu sudut aku gembira, kerana pilihan ku untuk mempercayai dia sering kali menemui jalan buntu. suatu sudut yang lain, kesedihan menghempap tanpa ada sinar harapan untuk aku. pasrah, aku pilih diriku tanpa dia. kau? hanya waktu yang bisa memberi jawapan.
'Ya Allah.
kiranya aku jatuh cinta, maka jatuhkanlah cintaku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-Mu.
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu'
No comments:
Post a Comment